Bodoh dan bengap .
Itu sahaja yang aku dapat katakan pasal demonstrasi mahasiswa.
Bangang.
Dah buat kecoh waktu demonstrasi ,memang lah polis kena tangkap kau bawak masuk lokap .Bila dah kena tanggkap, melawan pulak .Bila dah kena belasah ,kata polis jahat .Kalau aku polis pun aku naik darah dengan budak budak buat demonstrasi tu.
Sudah sudahlah .Aku tahu la nak sokong Adam Adli . Tapi yang ramai ramai buat serabut tu sebenarnya bukan kenal pun Adam Adli tu . Jenis kepala nak memberontak .
Aku tahu dan aku pun pernah rasa perasaan memberontak .Waktu sekolah dulu selalu lawan cikgu , pasal sokong kawan yang kena denda ,gantung , rotan . Konon 'brotherhood' la .Konon menegakkan keadilan la.
Aku bukan lah minat sangat politik . Dan aku tak sokong mana mana parti politik . Sebab ,bagi aku , daripada layan politik ,baik aku melepak mamak tengok bola lagi sedap.
Abang abang panglima perang ludah pun sama sama juga bangang .
Bangang.
Belajar bagi habis dulu la . Makan minum pun orang tanggung ,ada hati nak buat demonstrasi . Sedar lah diri tu siapa .Malu lah orang melayu macam ni .
"kami berjuang untuk menuntuk hak kami sebagai pelajar "
Hak hotak hang !
Monday, 9 January, 2012
Demonstrasi Mahasiswa
Posted by stiffler at 5:26 AM 0 kritikan Links to this post
Sunday, 1 January, 2012
2012
Pehhh ,sedar tidak sedar ,sudah tahun 2012 .
Aku ingatkan bandar Shah Alam kena serang tentera Jepun . Kepom sana ,kepom sini .Jenis mercun apa yang mereka guna agaknya.
Bercakap mengenai tahun baru ,semestinya isu azam yang keluar .
Macam aku , aku tidak menerapkan sifat menyimpan azam .Kiranya aku hidup tidak ada matlamat .
Kerana apa?.Kerana semua benda yang aku buat semua tidak menjadi . Jadi lebih baiklah aku tidak berazam . 'just go with the flow'.
Ok.Tipulah aku tidak ada azam .Tahun ini aku mahu mencari seorang makwe tomboi . Ok.Bye !
Posted by stiffler at 4:14 AM 0 kritikan Links to this post
Sunday, 6 November, 2011
Beraya seorang seorang.
Hari Raya Haji untuk kali ini nampaknya aku beraya keseorangan . Rakan rakan aku semua berpelseran pulang ke kampung halaman masing masing .Cuma tinggal aku seorang sahaja yang masih menghuni rumah di Shah Alam ini .
Apa yang seronoknya ialah aku berseorangan di dalam rumah ,dan yang tidak seronoknya ,aku keseorangan di dalam rumah rumah .
Jadi ,apabila keseorangan atau berseorangan di dalam rumah , ada berberapa perkara yang aku sangat ingin lakukan . Pertama , aku ingin memasak tanpa memakai walaupun seurat benang . Kedua ,aku mahu mandi tanpa menutup pintu bilik air .
Aku pelik bukan?
Posted by stiffler at 7:56 PM 1 kritikan Links to this post
Thursday, 27 October, 2011
Apakan daya .
Minggu lepas aku ada menonton perlawanan bolasepak . Mula mula sekali aku menyaksikan Selangor menentang Terengganu pada pukul 8 malam.Waktu ini tidak ramai sangat yang menapak di kedai mamak .Selepas itu ,tanpa aku sedari ,aku menyambung dengan menyaksikan pula perlawanan Suderland menentang Boltan pada pukul 10.30 malam. Dalam fikiran aku ,aku hanya mahu tengok ringan ringan sahaja ,namun dengan berbekalkan air neskefe dengan rokok baru beli ,akhirnya aku menghabiskan masa aku di kedai mamak sehingga habis perlawanan tersebut . Selang berberapa minit ,sambung pula perlawanan Liverpool menentang Norwich City pada pukul 12.30 tengah malam . Namun sewaktu minit ke 80 ,aku sudah bersiap sedia untuk meninggalkan meja kerana waktu itu ,Liverpool main macam bangang .Tetapi,datang pula rakan rakan aku dari Bangi . Sembang punya sembang ,tersambung lagi perlawanan antara Real Madrid menentang Malaga pada pukul 2.45 pagi . Selepas itu ,aku berfikir lebih eloklah jika aku membawa diri aku naik ke rumah dan tidur kerana aku nampak muka muka pekerja di kedai mamak sewaktu itu seakan akan mengutuk aku secara terbuka ,namun tidak pula aku fahami kerana mereka menggunakan bahasa tamil . Tapi aku sangat pasti perkataan yang mereka gunakan adalah perkataan yang kesat kesat.
Selepas bersurai dengan rakan rakan dari Bangi, aku terlihat pula kelibat seorang lagi rakan aku sedang duduk berseorangan menyaksikan perlawanan Barcelona menentang Sevilla pada pukul 5.30 pagi . Aku pun pergi dengan niat untuk menegurnya sahaja ,seperti contoh "Sorang je ke? Mana yang lain?". Namun apakan daya ,apabila aku menghampirinya ,soalan yang keluar adalah seperti ini ," Fabregas main tak? " .Dan apakan daya jawapan yang diberikan adalah "Duduklah dulu,tengok lineup sendirilah,kelam kabut sangat ni kenapa?" .
Apakan daya.
Posted by stiffler at 5:32 AM 2 kritikan Links to this post
Thursday, 20 October, 2011
How to save a life
Posted by stiffler at 9:06 PM 0 kritikan Links to this post
Tuesday, 19 July, 2011
Tol Alor Setar
Beberapa minggu yang lepas ,aku memandu dari Kuala Kangsar ke Alor Setar . Aku singgah sebentar di Pulau Pinang untuk menghantar rakan aku di Bukit Mertajam .
Selepas menjamah sedikit burger dan air oren yang dihidangkan di rumah rakan aku , aku terus pulang tanpa menyedari yang aku tidak cukup tidur dan tidak cukup duit .
Selepas melepasi Tol Gurun , aku berkhayal khayal kerana terlalu mengantuk . Ada sesekali dua aku nyaris melanggar pembahagi jalan . Mujurlah aku ini seorang pamandu yang sangat profesional dan handal mengawal stering kereta .
Akibat insiden nyaris melanggar pembahagi jalan , aku mengambil keputusan untuk tidur sebentar .Lalu aku berhenti di tepi jalan dan menjatuhkan seat aku ke bawah untuk aku baring dengan lebih selesa .
Aku tidur hanya setengah jam . Cukup memadai untuk aku meneruskan perjalanan .
Apabila tiba di Tol Alor Setar , barulah aku menyedari yang aku mempunyai masalah yang lagi besar . Ya , aku tidak cukup duit untuk membayar tol .
Hendak mengundur ke belakang tidak boleh ,kerana kereta lain sudah berbaris di belakang aku menunggu giliran membayar duit tol . Jadi , aku dimaki maki oleh pemandu pemandu yang lain kerana sebab aku , jalan menjadi sesak .
Aku terpaksa keluar dari kereta dan menyuruh kereta dibelakang aku undur ke belakang . Tindakan aku itu telah menaikan lagi api kemarahan pemandu pemandu lain .Dan yang paling aku tidak boleh terima , ada seorang budak kecil memberi aku isyarat 'middle finger' , dan ayahnya hanya tersenyum nipis . Celaka , tak ada moral agaknya .
Selepas aku mengundur kereta ke belakang , aku mengeluarkan telefon bimbit aku untuk meminta bantuan dari sesiapa yang terdekat .Malangnya telefon bimbit aku pula kehabisan beteri . Celaka datang bertubi tubi .
Ok. Macamana aku menyelesaikan masalah aku ?. Minta maaf , aku tidak boleh cerita . Kerana apa yang aku buat untuk selesaikan masalah aku ini ,sangat menjijikan dan sangat kotor .Biarlah aku seorang sahaja yang tahu bagaimana aku melepasi tol di Alor Setar .
Posted by stiffler at 8:01 PM 2 kritikan Links to this post
Saturday, 18 June, 2011
18 June 2011
Pagi ini aku tengok keputusan peperiksaan aku . Pehh , jatuh gila mood .
Aku terus buat panggilan ke emak dan bapa aku di kampung . Kena maki dari awal sampai ke akhir .
Aku tidak tahu sebab apa aku jadi macam ini . Tidak sembahyang mungkin . Ya ,aku banyak tinggal sembahyang .
Salah aku juga belajar Kejuruteraan Mekanikal .Dah tahu nak belajar susah ,tapi aku ambil juga .Bangang !
Posted by stiffler at 7:17 AM 3 kritikan Links to this post
