Tuesday 16 October 2012

Elaun

9/7/2012

Bulan ini aku mula latihan industri di Kilang Gula .Dapat elaun rm 150 .Aku sangat terkejut dengan elaun yang sangat menyedihkan ini.Namun ,aku tidak demand.Aku berpura pura puas hati.

Itu bukan ceritanya.

Ceritanya begini.

Hari jumaat , aku dipanggil untuk mengambil elaun.Walaupun sedikit ,aku tetap ambil.

Aku terus menelefon kawan kawan aku.Apa sahaja yang mereka nak makan ,aku sedia untuk belanja.

Aku seronok..Terus sahaja aku menaiki kereta.Hidupkan enjin.Punat radio aku tekan .Tappp. Keluar pula lagu Stand By me .Aku bertambah seronok.

Sampai sahaja di simpang ,aku tidak fikir panjang .Stering aku pulas habis .Sreeettttttttttttttttt.Asap keluar berkepul kepul di belakang kereta .

Pammmmmm.

Ada polis buat road block .Tidak sempat aku tarik safety belt .

Ceritanya aku kena saman rm300 .

0 kritikan: