Sunday 18 March 2012

Lanang oh Lanang.

Hye belog .Kita jumpa lagi.

Hari ini aku keluar sebentar bersama Shaka Pon dan Tok Wan Sheikh . Sembang pung pang pung pang di Ombak ,kami sebulat suara bersetuju untuk berkareoke.

Kareoke sebenarnya adalah satu aktiviti yang fuck up sebenarnya bagi aku ,kerana pertama ,aku bersuara katak yang hanya sedap didengar di dalam jamban .Kedua , lagu lagu yang disediakan bukan selaras dengan citarasa aku . Apa ? Takkan lah aku nak menyanyi lagu Najwa Latip .

Oleh kerana aku sedang ada duit ,apa salahnya aku belanja sedikit kawan kawan aku yang datang dari Ampang ye dak ?

Selepas aku keluarkan duit dari mesin atm ,aku pun berjalan menuju ke kereta Myvi SE hitam Shaka Pon . Aku bukak pintu dan masuk ke dalam kereta.

Yang peliknya ,kenapa ada seorang perempuan dalam kereta ?

Setahu aku , aku datang dengan Shaka Pon dan Tok Wan Sheikh sahaja .

Kenapa ,perempuan ini menjerit jerit minta tolong ?. Kenapa kereta Shaka Pon berbau wangi ? Kenapa kereta Shaka Pon ada bantal Spongebob ?

Dan yang paling penting sekali,kenapa aku salah masuk kereta orang lain ?.

2 kritikan:

Anonymous said...

hahahahahahahaha. tergelak i baca u punya entri neh. sebab i pon penah jadi gini. tunggu traffic nak cross jln, abah i dah ada dalam kereta, sekali ada budak perempuan masuk kereta siap duduk sebelah abah i. i went like, WTH????????????. lepas tu tengok muka abah i terkejut, and i can see from far budak perempuan tu pon terkejut sbb salah masuk kereta!

~Nur Zulaiha~ said...

macam......macamm harem jer perangai... =D