Monday 19 March 2012

Giat.

Hye belog.Sekali lagi kita bertemu sua .Nampaknya ,kebelakangan ini rajin juga aku menapak di sini .

Tadi aku hadir ke kelas. Dengan hanya membawa sebatang pensel picit dan hadir 15 minit lewat. Aku duduk di kerusi paling belakang ,tempat abang abang .Adik adik punya tempat semua di hadapan .

Kelas aku tadi setiap meja disediakan sebuah komputer .Komputer yang bersaiz peti ais dan ada lubang disket .Kerusi aku duduk pun tiada penyandar kerana patah .Pelik juga aku , kerusi ni depa buat main sepak takeraw ka?

Tadi ada seorang budak depan aku ,yang boleh aku gelarkan sebagai budak 'giat' .Giat ini maksudnya seseorang itu gigih menjawab segala soalan yang dikemukakan cikgu ,walaupun kadang kadang soalan dari cikgu  tak perlu kita jawab pun tak apa .Bak kata pepatah orang tua ,muda muda makan sugus ,duduk diam lagi bagus .

Jadi bila cikgu bertanya apakah maksud syntax ,maka budak 'giat' itu pun mula mencari maksud menggunakan google translate .

Aku nampak jawapan yang diberikan google adalah sintaksi .

Ha! Apa lagi ,jawab la budak 'giat' !.

2 kritikan:

Anonymous said...

aikkk bunyikkk macam prejudissss je. haha

Unknown said...

haha.kau anti budak giat ke?hoho