Page baru Wiser.my
Thursday, 29 September 2016
Sunday, 27 October 2013
Conspiracy Awkward
Aku kenal dia setahun lebih.
For me ,she's the most exciting girl i've ever met.No doubt.
Tapi masalahnya ,dia tak suka aku.Erghhh.Dia penah cakap dia suka aku.Tapi dia tak suka aku.
Aku okey kalau tak suka,but dont left me hanging.
Dia ada kawan lelaki ,which for me ,budak lelaki tu memang suka kat dia.I don't really sure dia sedar ke tak benda tu ,or dia saja buat buat tak tahu.
And ,she's even have kawan lelaki lain yang mesej dengan dia everyday.
Macam aku ni is one of her option.I'm not gonna be your option.
For me,lelaki mesej perempuan hari hari ni either dia gay or dia memang suka that girl.
Alasan dia ,she's not ready in relationship.Dia study lagi,membawa harapan keluarga bla bla.Eh ,aku tak pernah kacau study kau ,aku even tak pernah halang kau buat apa yang kau nak.
Atleast have a cortesy to tell me that , i'm the only guy friend that she care about.Or mybe cakap kat aku jangan give up.Or mybe bagitau aku dia suka aku but now its not the time ,be patient.
Dia cakap ,dia sayang aku.Pffffftt.Whats the different being in relationship ke tak ,kalau kau sayang aku.
Kau dah sayang sayang dengan aku ,bila aku nak cari lain ,kau pun tak kisah.See! She's not even care.
Senangkan kau sayang orang lain?.Yes ,you are friendly.I get it .
I'm not leaving you ,but you're not stoping me either.
Tulahhh,kadang kadang aku nak leave it as a friend just like before,sebagaimana yang dia nak.But ,seriusly,aku tak boleh .Aku tak boleh mesej kau hari hari tanpa ada perasaan kat kau.
And thats it .I'm gonna stop messaging you.Yes , we are friend .But it's not gonna be the same
Posted by Afique Zainuddin Ahmad at 20:58 1 kritikan
Sunday, 26 May 2013
Fakir
Aku tengah fakir nak mampos sekarang ini. Hari ini aku ada dalam poket RM 2 .RM 1 aku beli rokok sebatang yang berharga RM 0.80 .Maksudnya aku ada lagi dalam RM 1.20.
Kau boleh buat apa dengan RM 1.20 ?
Ok.
Kalau aku ,aku bahagikan RM1.20 kepada dua.
RM 0.60 pertama kau beli meggi sebungkus.
RM 0.60 kedua kau bahagikan lagi kepada dua bahagian.
Yakni, kau ada 2 bahagian RM 0.30
RM 0.30 pertama kau beli air Dr.Sukida .Harga air Dr.Sukida adalah RM0.10 untuk 500 ml .Maka kau akan dapat sebotol 1.5 liter air minum. Campur dengan meggi ,kau dapat bertahan sampai ke malam .
RM 0.30 kedua , kau guna untuk telepon kawan , mak bapak atau saudara mara kau untuk pinjam duit .
Nampak? Sehari RM 2 pun dah cukup untuk hidup.
Posted by Afique Zainuddin Ahmad at 03:58 0 kritikan
Tuesday, 16 October 2012
Elaun
9/7/2012
Bulan ini aku mula latihan industri di Kilang Gula .Dapat elaun rm 150 .Aku sangat terkejut dengan elaun yang sangat menyedihkan ini.Namun ,aku tidak demand.Aku berpura pura puas hati.
Itu bukan ceritanya.
Ceritanya begini.
Hari jumaat , aku dipanggil untuk mengambil elaun.Walaupun sedikit ,aku tetap ambil.
Aku terus menelefon kawan kawan aku.Apa sahaja yang mereka nak makan ,aku sedia untuk belanja.
Aku seronok..Terus sahaja aku menaiki kereta.Hidupkan enjin.Punat radio aku tekan .Tappp. Keluar pula lagu Stand By me .Aku bertambah seronok.
Sampai sahaja di simpang ,aku tidak fikir panjang .Stering aku pulas habis .Sreeettttttttttttttttt.Asap keluar berkepul kepul di belakang kereta .
Pammmmmm.
Ada polis buat road block .Tidak sempat aku tarik safety belt .
Ceritanya aku kena saman rm300 .
Posted by Afique Zainuddin Ahmad at 02:05 0 kritikan
Tuesday, 1 May 2012
Ghomen
Pagi kelmarin entah dari mana aku dapat power untuk berjogging pada pukul satu pagi . Selalunya aktiviti aku pada pukul satu pagi adalah seperti mencuci tandas ,membasuh baju , membantu ibu di dapur dan pelbagai lagi aktiviti yang sering dilakukan sebagai anak yang soleh.
Setibanya aku di tempat jogging ,aku senyum lebar ,kerana terdapat banyak kereta yang parking disekeliling track jogging .Alhamdullilah , ada juga orang yang rajin seperti aku ini joggng pada pukul 1 pagi.
Maka ,setelah panas panas badan ,aku pun berlari lari anak sebanyak satu pusingan .
Namun ,aku tidak nampak pun kelibat kelibat orang yang berjogging seperti mana yang aku inginkan.
Jadi ,aku pun lantas pergi menyiasat kenapa tiada orang jogging sedangkan terdapat bilangan yang banyak kereta parking disekeliling track.
Rupa rupanya mereka sedang beromen .
Posted by Afique Zainuddin Ahmad at 06:18 0 kritikan
Saturday, 14 April 2012
"Nok potong ke dok?"
Hari ini ,aku bangun pada pukul 6 pagi . Satu benda yang aku jarang jarang buat kecuali semasa bulan puasa .
Aku rasa ,itulah kelemahan aku .Kalaulah satu hari nanti Amerika datang serang Malaysia pada seawal pukul 6 , nampaknya ,aku lah sasaran paling mudah dan aku akan mati tanpa berjuang .
Dan itu bukan cerita yang aku nak sampaikan.
Hari ini aku bangun dan berjogging .Ya , aku tak tipu .Jogging.
Aku berlari lari anak di Tasik Sek 7 sebanyak dua pusingan .Aku ulangi , 2 pusingan .Ya ,aku sekali lagi tak tipu.2 pusingan tanpa henti.
Dan itu bukan juga cerita yang aku nak sampaikan.
Cerita yang sebenar adalah , aku berlari dibelakang gadis 'pakai legging tapi tak pakai seluar dalam' sebanyak 2 pusingan . Merembes peluh serta air liur aku.
Sekian .Bye.
Posted by Afique Zainuddin Ahmad at 12:19 2 kritikan
Wednesday, 21 March 2012
Jamban.
Sejak kebelakangan ini ,aku sering sahaja berak 3 kali sehari .
Sebelum itu ,biarlah aku bercerita mengenai jamban di rumah aku . Beberapa hari yang lepas , paip jamban aku pecah gara gara jamban rumah orang atas aku tersumbat .
Maka ,segala tahi ,najis ,air wee wee mereka jatuh bagaikan bom meletup dalam jamban rumah aku .Aku ada ambil gambar jamban aku pada waktu itu ,tapi tak perlulah aku post dekat sini . Rasa macam tak senonoh pulak kalau aku post kat sini.
Oleh yang demikian ,apabila Pak Cik plumber datang repair paip jamban aku ,apa lagi ,aku berak la puas puas !
Posted by Afique Zainuddin Ahmad at 06:34 1 kritikan