Tuesday, 19 July, 2011

Tol Alor Setar

Beberapa minggu yang lepas ,aku memandu dari Kuala Kangsar ke Alor Setar . Aku singgah sebentar di Pulau Pinang untuk menghantar rakan aku di Bukit Mertajam .

Selepas menjamah sedikit burger dan air oren yang dihidangkan di rumah rakan aku , aku terus pulang tanpa menyedari yang aku tidak cukup tidur dan tidak cukup duit .

Selepas melepasi Tol Gurun , aku berkhayal khayal kerana terlalu mengantuk . Ada sesekali dua aku nyaris melanggar pembahagi jalan . Mujurlah aku ini seorang pamandu yang sangat profesional dan handal mengawal stering kereta .

Akibat insiden nyaris melanggar pembahagi jalan , aku mengambil keputusan untuk tidur sebentar .Lalu aku berhenti di tepi jalan dan menjatuhkan seat aku ke bawah untuk aku baring dengan lebih selesa .

Aku tidur hanya setengah jam . Cukup memadai untuk aku meneruskan perjalanan .

Apabila tiba di Tol Alor Setar , barulah aku menyedari yang aku mempunyai masalah yang lagi besar . Ya , aku tidak cukup duit untuk membayar tol .

Hendak mengundur ke belakang tidak boleh ,kerana kereta lain sudah berbaris di belakang aku menunggu giliran membayar duit tol . Jadi , aku dimaki maki oleh pemandu pemandu yang lain kerana sebab aku , jalan menjadi sesak .

Aku terpaksa keluar dari kereta dan menyuruh kereta dibelakang aku undur ke belakang . Tindakan aku itu telah menaikan lagi api kemarahan pemandu pemandu lain .Dan yang paling aku tidak boleh terima , ada seorang budak kecil  memberi aku isyarat 'middle finger'  , dan ayahnya hanya tersenyum nipis . Celaka , tak ada moral agaknya .

Selepas aku mengundur kereta ke belakang , aku mengeluarkan telefon bimbit aku untuk meminta bantuan dari sesiapa yang terdekat .Malangnya telefon bimbit aku pula kehabisan beteri . Celaka datang bertubi tubi .

Ok. Macamana aku menyelesaikan masalah aku ?. Minta maaf , aku tidak boleh cerita . Kerana apa yang aku buat untuk selesaikan masalah aku ini ,sangat menjijikan dan sangat kotor .Biarlah aku seorang sahaja yang tahu bagaimana aku melepasi tol di Alor Setar .