Pagi ini aku tengok keputusan peperiksaan aku . Pehh , jatuh gila mood .
Aku terus buat panggilan ke emak dan bapa aku di kampung . Kena maki dari awal sampai ke akhir .
Aku tidak tahu sebab apa aku jadi macam ini . Tidak sembahyang mungkin . Ya ,aku banyak tinggal sembahyang .
Salah aku juga belajar Kejuruteraan Mekanikal .Dah tahu nak belajar susah ,tapi aku ambil juga .Bangang !
Saturday, 18 June, 2011
18 June 2011
Posted by stiffler at 7:17 AM 3 kritikan Links to this post
Thursday, 16 June, 2011
16 June 2011
Hari ini kerja aku tidur dari pagi sampai ke petang . Dari petang sampai ke malam . Kalau tak tidur pun aku melayari face'boobs' baca status orang lain . Mahu buat status sendiri tetapi tidak tahu nak tulis apa .
Hari ini kebanyakkan status yang aku baca ,cerita pasal Nora Elena . Kejadah apa Nora Elena pun aku tidak tahu.
Lain lain status adalah seperti jatuh cinta ,putus cinta , balik kampung , KL Gangster , dan makan apa hari ini .
Ada satu status buat aku terkial kial . Status dari Yam . Yang sudah tu sudah lah . Kenapa nak heret benda ni lagi . Atau mungkin status itu dituju ke orang lain . Aku pun tidak berapa pasti .
Mengenai duit lagi satu hal . Aku makan nasik kosong dari pagi ,kerana duit dalam dompet aku hanya lah sekeping duit negara Arab yang aku terima dari Megat .Yang lain lain hanyalah resit resit lama ,kad ATM yang tidak ada nilai ,kad pengenalan , lesen kereta dan kertas toyol yang aku guna untuk peperiksaan tahun lepas.Kenapa aku masih menyimpan benda benda tidak berguna dalam dompet aku?.
Nasib baik Shah Faez datang jenguk jenguk aku dekat rumah . Sempat juga aku minta duit belanja dari dia .Lepas lah beli neskepe ais ,serta rokok .
Posted by stiffler at 4:20 AM 2 kritikan Links to this post
Wednesday, 15 June, 2011
15 june 2011
Semalam aku kena saman dekat area Masalam . Fucking MBSA. Masuk ni dah 5 ,6 kali aku kena dengan MBSA . Aku rasa mereka ni ada tak puas hati dengan aku .Buat ini kena saman,buat itu kena saman . Fucking cunt !
Posted by stiffler at 2:16 PM 3 kritikan Links to this post
Monday, 13 June, 2011
13 June 2011
Beberapa hari kebelakangan ini , aku ada masalah dengan kawan aku ,Yam . Aku tahu bukan salah dia ,dan memang bukan salah dia pun .Namun hati aku ini dalam diam diam memberontak untuk membenci dia .
Malam semalam aku sempat berjumpa dengan dia ,dan aku terus memberitahu hal sebenar . Yes ,aku pun bukan sejenis pemarah . Marah aku dalam hati sahaja. Jadi aku tak berapa tunjuk aku marah .
Aku dengar sahaja penjelasan dari dia . Aku tak hairan langsung dengan penjelasan dari dia. Sebab aku dah dapat agak apa yang akan keluar dari mulut dia .Memang ternyata dia tak salah .
Mungkin kerana ingin menjaga hati kawan rapat aku ,Amer , aku terpaksa membenci Yam.
Yang Amer ni pun satu . Yam tu dah tak suka kau , tak payah la lebih lebih . Perkara sebegini amatlah memalukan kerana seorang lelaki jatuh ditangan seorang wanita . Lelaki ada maruah diri . Jagalah maruah tu.
Aku hanya orang tengah antara Amer dan Yam . Aku mahu keadaan kembali seperti biasa kerana Yam pun kawan sepermainan aku jugak . Mungkin salah aku jugak kerana aku menyokong Amer dalam hal ini ,walaupun aku tahu Yam tak ada buat salah apa.
Posted by stiffler at 6:43 PM 2 kritikan Links to this post
Friday, 10 June, 2011
10 Jun 2011
Hari ini tidak banyak benda yang aku buat . Pergi kelas ,balik kelas .
Malam tadi Afiq Amiri datang rumah masak nasik lauk ayam . Ayam masak apa aku pun tak tahu . Ada serpih serpih telur dan ayam tu berwarna merah . Padahal rumah aku bukan ada barang pun nak masak. Bila aku tanya apa resepi , 'adalahhhhhhh..' dia punya jawapan .
Ahh.Aku tak ambil kesah macamana dia masak . Janji sedap . Babi punya sedap.
Posted by stiffler at 5:55 AM 3 kritikan Links to this post

