Thursday, 27 October, 2011

Apakan daya .

Minggu lepas aku ada  menonton perlawanan bolasepak . Mula mula sekali aku menyaksikan Selangor menentang Terengganu pada pukul 8 malam.Waktu ini tidak ramai sangat yang menapak di kedai mamak .Selepas itu ,tanpa aku sedari ,aku menyambung dengan menyaksikan pula perlawanan Suderland menentang Boltan pada pukul 10.30 malam. Dalam fikiran aku ,aku hanya mahu tengok ringan ringan sahaja ,namun dengan berbekalkan air neskefe dengan rokok baru beli ,akhirnya aku menghabiskan masa aku di kedai mamak sehingga habis perlawanan tersebut . Selang berberapa minit ,sambung pula perlawanan Liverpool menentang Norwich City pada pukul 12.30 tengah malam . Namun sewaktu minit ke 80 ,aku sudah bersiap sedia untuk meninggalkan meja kerana waktu itu ,Liverpool main macam bangang .Tetapi,datang pula rakan rakan aku dari Bangi . Sembang punya sembang ,tersambung lagi perlawanan antara Real Madrid menentang Malaga pada pukul 2.45 pagi . Selepas itu ,aku berfikir lebih eloklah jika aku membawa diri aku naik ke rumah dan tidur kerana aku nampak muka muka pekerja di kedai mamak sewaktu itu seakan akan mengutuk aku secara terbuka ,namun tidak pula aku fahami kerana mereka menggunakan bahasa tamil . Tapi  aku  sangat pasti perkataan yang mereka gunakan adalah perkataan yang kesat kesat.

Selepas bersurai dengan rakan rakan dari Bangi, aku terlihat pula kelibat seorang lagi rakan aku sedang duduk berseorangan menyaksikan perlawanan Barcelona menentang Sevilla pada pukul 5.30 pagi . Aku pun pergi dengan niat untuk menegurnya sahaja ,seperti contoh "Sorang je ke? Mana yang lain?". Namun apakan daya ,apabila aku menghampirinya ,soalan yang keluar adalah seperti ini ," Fabregas main tak? " .Dan apakan daya jawapan yang diberikan adalah "Duduklah dulu,tengok lineup sendirilah,kelam kabut sangat ni kenapa?" .

Apakan daya.

2 kritikan:

cik ummu nsa said...

woitt. lme xdgr citer. hahahaha.

- GC - said...

hahahaha. skema gila vavi