Monday, 13 June, 2011

13 June 2011

Beberapa hari kebelakangan ini , aku ada masalah dengan kawan aku ,Yam . Aku tahu bukan salah dia ,dan memang bukan salah dia pun .Namun hati aku ini dalam diam diam memberontak untuk membenci dia .

Malam semalam aku sempat berjumpa dengan dia ,dan aku terus memberitahu hal sebenar . Yes ,aku pun bukan sejenis pemarah . Marah aku dalam hati sahaja. Jadi aku tak berapa tunjuk aku marah .

Aku dengar sahaja penjelasan dari dia . Aku tak hairan langsung dengan penjelasan dari dia. Sebab aku dah dapat agak apa yang akan keluar dari mulut dia .Memang ternyata dia tak salah .

Mungkin kerana ingin menjaga hati kawan rapat aku ,Amer , aku terpaksa membenci Yam.

Yang Amer ni pun satu . Yam tu dah tak suka kau , tak payah la lebih lebih . Perkara sebegini amatlah memalukan kerana seorang lelaki jatuh ditangan seorang wanita . Lelaki ada maruah diri . Jagalah maruah tu.

Aku hanya orang tengah antara Amer dan Yam . Aku mahu keadaan kembali seperti biasa kerana Yam pun kawan sepermainan aku jugak . Mungkin salah aku jugak kerana aku menyokong Amer dalam hal ini ,walaupun aku tahu Yam tak ada buat salah apa.

2 kritikan:

little ain said...

haihh.

konflik nau neh ;p

mariam said...

once broken, consider sold. lelong lelong